PENGENALAN
RBB Guest House merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Roza Berkat Budi Enterprise. Rumah Tamu ini diilhamkan dari usahasama dua beradik iaitu Puan Rohalzani dan Encik Rozaidi yang turut disokong sepenuhnya oleh isteri beliau Puan Rashidah. Rumah Tamu ini mula beroperasi pada 1 Februari 2013. Lokasi Rumah Tamu ini adalah di Kg Sg Mas, iaitu berhampiran dengan UITM Machang. Lokasi daerah ini yang terletak di tengah-tengah negeri Kelantan yang dihubungkan oleh Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai menjadikan ia lokasi pilihan yang amat strategik bagi pengunjung yang ingin memudahkan perjalanan mereka menerokai keseluruhan negeri Kelantan. Tempahan boleh dibuat melalui Pn Rohalzani di talian 01119808265 bermula hari ini.
Spesifikasi RBB Guest House yang menjadikan ia sebagai pilihan penginapan terbaik seisi keluarga:
- Rumah Banglo 1 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik mandi.
- 2 bilik mempunyai 1 katil double setiap satu, dan 1 bilik mempunyai 2 katil single.
- Setiap bilik dilengkapi dengan kipas siling.
- Dilengkapi dengan perkakasan rumah seperti TV, mesin basuh, peti sejuk, pemanas air, set sofa dan set meja makan.
- Amat sesuai didiami oleh seisi keluarga kerana ruangnya yang luas lagi selesa
- Harga yang amat berpatutan, iaitu RM160 bagi 1 malam.
***blog ini masih di dalam proses pembinaan memandangkan kami masih baru beroperasi, dan ia akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Untuk sebarang maklumat lanjut, bolehlah hubungi talian yang tertera di blog ini.